Program Khas Integrasi Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia Dunia Sains & Teknologi

RM100.00
10 item(s)
+

Bagi mereka yang mencari satu bahan bacaan lain selain buku teks Dunia Sains dan Teknologi (Tahap 1, 2 dan 3), buku ini amat sesuai untuk menjadi bahan bacaan tambahan khususnya kepada murid disleksia. Buku ini berpandukan silibus Dunia Sains dan Teknologi (Tahap 1, 2 dan 3) dan menyajikan kandungannya mengikut objektif pembelajaran yang terkandung dalam silibus tersebut. Dengan teks yang minima serta watak-watak kartun dan penuh warna-warni, buku ini menjadikan pembelajaran sains dan teknologi lebih menarik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Penyampaian isi kandungan yang kreatif tentunya bakal menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca dan sama-sama menghayati ilmu sains dan teknologi secara lebih santai dan menyeronokkan. Aktiviti sains dan teknologi maklumat yang dimuatkan adalah praktikal dan sesuai dengan keupayaan murid disleksia yang selalunya sangat aktif dan kreatif. Buku ini juga sesuai kepada para guru sains dan ibu bapa yang mahukan kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu sains dan teknologi