Pintar Penjodoh Bilangan

RM30.00
5 item(s)
+

Buku ini diterbitkan untuk membantu warga pendidik, murid dan penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam penguasaan tatabahasa, khususnya penjodoh bilangan. Buku ini sesuai untuk murid yang menghadapi masalah dalam mengenal pasti penggunaan penjodoh bilangan semasa pertuturan. Penguasaan penjodoh bilangan membantu murid membina dan menulis ayat yang gramatis serta akan menjadi satu kebiasaan dalam pertuturan harian. Pembelajaran melalui buku ini disampaikan dengan cara yang menarik iaitu melalui peta minda dan huraian yang ringkas untuk membantu murid-murid menguatkan kefahaman dan kemahiran bahasa. Contoh perkataan, gambar dan ayat yang bersesuaian turut disertakan selain info bahasa, inovasi tambahan dan uji minda sebagai unsur tambahan kepada murid.