Perumpamaan Dalam Al-Quran

RM38.00
5 item(s)
+

Description
Buku ini membincangkan laras bahasa perumpamaan yang diketengahkan di dalam al-Qur’an. Perumpamaan mempunyai nilai estetika yang tinggi yang dapat menghasilkan kesan dan pengajaran yang amat bermakna apabila diungkapkan. Oleh yang demikian, Allah SWT telah mendatangkan perumpamaan di dalam al-Qur’an bertujuan untuk membincangkan persoalan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang merangkumi akidah, syariat akhlak, pemikiran, dan sebagainya. Oleh kerana perumpamaan merupakan sesuatu yang sangat penting dan bermakna, maka al-Imam al-Shafi’e berpendapat bahawa para mujtahid wajib memiliki ilmu yang berkaitan dengan perumpamaan, manakala al-Imam al-Mawardi pula telah mengkategorikan perumpamaan sebagai ilmu yang terpenting dalam ‘Ulum al-Qur’an.