Perkembangan & Perspektif Pembelajaran Tahfiz Di Malaysia

RM18.00
5 item(s)
+

Description
Buku ini yang mengupas realiti pembelajaran tahfiz tanah air adalah berasaskan kepada penyelidikan yang dijalankan merangkumi banyak aspek yang perlu diambil perhatian oleh pengkaji dalam bidang berkenaan atau individu yang berminat dalam bidang tahfiz. Pengenalan tentang al-Quran dikemukakan agar pembaca jelas bahawa perbincangan tentang pembelajaran tahfiz berkait rapat dengan al-Quran itu sendiri. Kupasan bab dalam buku ini meliputi sejarah perkembangan pembelajaran tahfiz di negara serta bagaimana pendidikan tahfiz mampu melahirkan generasi al-Quran, aspek persediaan bagi mengikuti pembelajaran tahfiz, kaedah menghafaz ayat al-Quran, adab dan amalan yang perlu dilaksanakan oleh murid tahfiz, aspek pemakanan, bentuk komitmen belajar yang perlu dilaksanakan oleh murid tahfiz serta aspek cabaran dan sistem sokongan untuk murid tahfiz.