Pendidikan Dan Masyarakat: Peranan Institusi Sosial

RM80.00
5 item(s)
+

Buku ini jelas mengiktiraf peranan institusi sosial dalam membangunkan masyarakat melalui pendidikan. Kekuatan buku ini ialah ia dapat mengadun aspek pendidikan yang luas daripada yang tidak formal sehingga formal. Isu berkaitan pendidikan dilihat daripada perspektif permasalahan yang berlaku di luar bilik darjah atau dalam masyarakat. Penulisan di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis dalam pelbagai bidang pendidikan termasuk pembangunan sumber manusia yang mempercayai bahawa sumber manusia yang perlu dibangunkan berada di mana-mana sahaja iaitu dalam organisasi dan masyarakat. Buku ini diharap dapat dijadikan rujukan kepada pembaca umum serta penyelidik, pendidik, pemimpin institusi sosial dan perancang dasar pendidikan yang mempercayai bahawa institusi sosial perlu digembleng dalam membimbing murid, pelajar, keluarga dan ahli masyarakat yang menganggotai puluhan jenis institusi sosial dengan wawasan dan perjuangan yang berbeza tetapi satu matlamat membangunkan negara.