Pendekatan Ekopsikologi Dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar

RM30.00
5 item(s)
+

Description
Buku ini mengetengahkan pendekatan ekopsikologi, suatu pendekatan yang menggabungkan dua aspek kehidupan iaitu ekologi dan psikologi. Hari ini manusia kurang menikmati keindahan alam semesta. Kehidupan manusia ini berdepan dengan pelbagai kemusnahan kepada muka bumi akibat daripada ketamakan dan kerakusan manusia untuk mengambil keuntungan dari sumber alam semulajadi. Keindahan alam wujud disebabkan adanya keseimbangan antara manusia dan kehidupan lain. Buku ini diterbitkan atas kesedaran bahawa manusia perlu memikirkan dengan mendalam serta mengambil langkah wajar untuk menyekat pelbagai pencemaran dan pemusnahan sumber kehidupan alam semula jadi agar keseimbangan diwujudkan semula.