Pencemaran Dioksin Dan Kesihatan

RM28.00
5 item(s)
+

Description
Buku ini memperkenalkan kepada pembaca mengenai dioksin iaitu sejenis bahan pencemar organik kekal yang terhasil secara tidak sengaja akibat pembakaran tidak sempurna sebatian berklorin. Dioksin tersenarai dalam salah satu daripada Dirty Dozen, iaitu nama jolokan kepada 12 kumpulan pencemar kimia organik yang berbahaya kepada kesihatan. Dengan sifatnya yang toksik, lipofilik, stabil dan terdapat secara meluas di persekitaran, dioksin mampu bertahan daripada degradasi kimia dan biologi. Oleh itu, dioksin menjadi salah satu masalah pencemaran alam sekitar. Dioksin berupaya memasuki rantaian makanan dan meracuni pengguna akhir dalam rantaian makanan iaitu manusia. Buku ini turut merangkumi ulasan hasil kajian dalam dan luar negara mengenai kesan dedahan dioksin kepada kesihatan dan cara untuk mengurang risiko dedahan kepadanya.