Pembelajaran Bahasa Berkesan

RM30.00
5 item(s)
+

Buku ini menghuraikan beberapa aspek yang perlu diketahui dalam proses pembelajaran bahasa. Pemahaman amat penting untuk memudahkan individu mempelajari dan menguasai bahasa yang hendak dipelajarinya. Pembelajaran bahasa dipengaruhi oleh beberapa faktor motivasi dan keperluan individu melalui proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa tersebut. Buku ini juga memaparkan pelbagai bentuk pemerolehan bahasa yang diperlu dilalui oleh individu. Di samping itu, seseorang perlu mengetahui matlamat dan kekuatan mental untuk mempelajari bahasa kedua yang agak mencabar. Namun, kesungguhan dan kekuatan mental serta kemahuan yang tinggi akan memberi ruang kejayaan mempelajari bahasa kedua. Pembelajaran bahasa kedua secara formal atau tidak formal adalah asas kejayaan untuk menguasai bahasa kedua berbentuk komunikasi apabila berada dalam masyarakat. Diharapkan buku ini dapat memberi perkongsian tentang budaya dan cara berkomunikasi dengan seseorang supaya tidak melakukan perkara yang memberi kesan negatif secara tidak sengaja