Pembangunan Kontemporari Orang Asli

RM48.00
5 item(s)
+

Buku ini ditulis oleh pakar dalam bidang sains sosial. Masyarakat orang Asli merupakan penduduk peribumi yang telah mengalami pelbagai proses perubahan sejak sebelum merdeka dan sehingga kini. Perubahan tersebut telah memberi banyak impak sama ada dari sudut positif ataupun negatif dalam kehidupan harian masyarakat orang Asli. Pelbagai dasar juga telah direncana untuk membawa masyarakat minoriti ini agar dapat turut bersama menikmati pembangunan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat arus perdana yang lain di Malaysia. Buku ini mempunyai tiga sumbangan penting. Pertama, buku ini dapat memperkaya bidang pengajian minoriti yang semakin popular di Malaysia. Kedua, buku ini penting sebagai sumber rujukan para ilmuwan, pelajar universiti dan pembuat dasar untuk memahami dan mengenali status semasa masyarakat orang Asli. Akhir sekali, buku ini penting untuk masyarakat arus perdana mengenali dan mendekati masyarakat orang Asli yang mempunyai warisan dan kelestarian budaya yang istimewa.