Konsep Rentan Kepada Kemiskinan

RM50.00
1 item(s)
+

Kerentanan ialah aspek berkaitan kemiskinan yang penting untuk mengenal pasti kecenderungan isi rumah untuk jatuh miskin. Adakalanya konsep kerentanan diasaskan kepada satu kotinum kualiti daya upaya seseorang individu atau sesebuah isi rumah dalam menghadapi risiko. Konsep kerentanan juga adakalanya dirujuk kepada satu titik masa hadapan. Memahami konsep dan pengukuran kerentanan serta hubungannya dengan kemiskinan dapat membantu penggubal polisi dan pelaksana program mengenal pasti isi rumah miskin dengan lebih tepat. Bagi menghasilkan buku ini, sumber data primer dan sekunder digabungkan bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Sumber data primer yang dirujuk adalah daripada kajian bertajuk Indeks Kerentanan Isi Rumah yang dijalankan dalam kalangan isi rumah rentan di Selangor. Manakala sumber sekunder dibincangkan dengan merujuk kepada penyelidikan dan penulisan lalu yang berkaitan.