KELAS NAKAL MAHU LULUS

RM12.00
Kelas Nakal Mahu Lulus
5 item(s)
+

Raisya, pelajar bijak dari Sekolah Sri Bangsar. Musibah melanda, ayahnya terlibat dengan sindiket penipuan lalu dipenjarakan. Akibatnya, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke luar bandar.

Di kampung, serba-serbi berbeza. Rakan-rakan kelas yang baru bermacam ragam, nakalnya buatkan guru-guru pun tiada semangat mahu mengajar. Hanya Raisya seorang sahaja yang menumpukan perhatian!

Terbiasa dengan gaya belajar berkumpulan, Raisya mula mempengaruhi rakan-rakan. Study group dijalankan… buatkan kelas nakal yang jauh tersasar dari akademik, kini mula kembali ke pangkal jalan.

Malangnya, rahsia besar terbongkar jua. Tiba-tiba dia dipulaukan sekali lagi… kelas nakal yang berjaya diubah, kini sepakat membencinya! Mampukah Raisya bertahan melalui SPM dalam pada terlalu tertekan dengan stigma anak penjenayah?

Novel ini ada jawapannya! Disertakan tip belajar paling berguna, selamat membaca dan mengamalkannya!