Keguruan Beretika

RM48.00
1 item(s)
+

Keguruan Beretika mencirikan guru sebagai agen moral profesional yang berpegang kepada suatu kemoralan bersesuaian dengan pekerjaan yang dikenali sebagai perguruan. Keguruan beretika juga menuntut guru melaksanakan pengajaran yang bersifat mendidik, bertindak sebagai pendidik nilai, menjuarai integriti profesionnya, dan meningkatkan keupayaannya menyelesaikan dilema moral. Buku ini dikarangkan khas untuk guru pelatih agar mereka tahu apakah sebenarnya tugas, peranan dan tanggungjawab guru dari sudut etika. Bagi guru terlatih, buku ini adalah suatu peringatan kepada mereka tentang beberapa aspek berkaitan keguruan beretika. Walaupun buku ini berfokus kepada guru pelatih dan guru terlatih di sekolah, isi kandungannya bolehlah dikatakan relevan juga bagi pendidik lain, iaitu penunjuk ajar dan pensyarah kolej dan universiti. Buku ini mengandungi pandangan yang juga patut direnungi oleh pengurus dan pentadbir pendidikan di semua peringkat dan tahap.