Isu Pembangunan Menerusi Komuniti

RM75.00
4 item(s)
+

Penulisan bab dalam buku ini adalah hasil usaha dan gabungan kepakaran para pensyarah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan (JSKP), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. JSKP merupakan jabatan yang memberi tumpuan kepada pengajian dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian serta Pembangunan seperti Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Kerja Sosial, Pembangunan Komuniti, dan Pengajian Bandar dan Wilayah.

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca mengenai isu pembangunan yang merentasi pelbagai latar belakang komuniti di Malaysia. Antara isu yang diketengahkan meliputi aspek ekonomi, sosial, politik, psikologi, budaya, kerja sosial serta teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi sisi penting dalam membincangkan usaha untuk membangunankan komuniti. Pembangunan komuniti merupakan satu proses berterusan yang membangunkan komuniti. Kini, pembangunan komuniti dilihat spektrum yang menyeluruh yang akhirnya bermatlamat untuk memberi kesejahteraan hidup kepada komuniti.