Islam Dalam Sejarah Dan Pemikiran Masyarakat Peranakan Cina Di Melaka

RM58.00
5 item(s)
+

Description
Buku ini mengetengahkan sejarah asal usul sebuah komuniti bersintesis Cina-Melayu yang dikenali sebagai kaum Peranakan Cina atau kaum Baba dan Nyonya di Melaka. Ia memfokuskan pengaruh Islam terhadap komuniti yang dikatakan terbentuk daripada kacukan Cina dengan masyarakat tempatan. Hal ini berdasarkan catatan sejarah yang termaktub dalam Sulalatus Salatin tentang perkahwinan di antara Sultan Mansur Syah dengan seorang wanita berketurunan Cina. Sejarah turut mencatatkan peristiwa sejarah kedatangan pedagang China yang diketuai oleh seorang laksamana hebat bernama Zheng He dan pencatat beliau yang dikenali sebagai Ma Huan yang merupakan pengembara China beragama Islam ke Melaka. Kedatangan para pedagang China ke Melaka merupakan titik tolak kepada perkembangan kaum Peranakan Cina yang masih kekal sehingga kini. Seiring dengan peredaran masa, masyarakat Peranakan Cina telah berkembang dan melalui liku sejarah yang panjang. Pengalaman dan interaksi kaum berketurunan Peranakan Cina di Melaka dalam kegiatan kehidupan seharian dengan masyarakat Melayu tempatan banyak memberi kesan kepada budaya kehidupan, kepercayaan keagamaan dan pemikiran mereka.