Dosa-Dosa Besar (HARD COVER)

RM33.00
5 item(s)
+

BILANGAN M/S : 344
SAIZ : 15cm x 21cm x 3cm
ANGGARAN SAIZ : B5
MUKA BUKU : HardCover
WARNA DALAM : Berwarna
ISBN : 978-967-388-271-7
NAMA PENULIS : Imam al-Zahabi


KELEBIHAN
Buku ini merangkumkan isi kitab dan perbahasan dengan bahasa yang lebih jelas dan mudah difahami. Sesuai dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan, begitu juga di kelas-kelas pengajian dan di mana-mana sahaja anda berada.

SINOPSIS
AL-KABA’IR, KARYA ISTIMEWA AL-ZAHABI
Biasanya, perbahasan tentang dosa-dosa besar kurang diberi perhatian oleh umum. Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada besar atau kecil. Bahana dosa besar ini bukan sahaja akan memberi kesan yang buruk kepada individu, tetapi mampu menular dan menjadi perosak kepada ummah.


Telaga Biru Sdn. Bhd. memilih karya al-Kaba’ir sebagai bahan terjemahan kali ini melihat kepada mutu penulisan al-Zahabi dan kredibiliti beliau yang sangat tinggi dalam bidang hadis yang membincangkan tentang dosa-dosa besar. Bahkan karya ini diiktiraf sebagai antara tulisan beliau yang cukup berbeza dan istimewa berbanding tulisannya yang lain.


Tambahan pula, karya al-Kaba’ir yang digunakan ini merupakan hasil tulen daripada beliau, ketika pasaran semasa sudah terisi dengan karya al-Kaba’ir palsu, yang bukan merupakan tulisan beliau sepenuhnya. Hal ini penting, kerana kejituan suatu penulisan menunjukkan keagungan ilmu penulisnya. Apabila buku ini diselak helaian demi helaian, para pembaca pasti mengagumi tulisan asli beliau ini, jauh berbeza dengan karya palsu yang sarat dengan hadis dan hikayat yang samar-samar sumbernya.