Dinamik Keluarga

RM56.00
5 item(s)
+

Buku ini membincangkan dinamik institusi keluarga di Malaysia dan menegaskan peri pentingnya memahami dinamik keluarga dengan mendalam bagi merangka dasar dan program intervensi yang bersesuaian. Kandungan buku ini merangkumi sikap generasi muda terhadap perkahwinan, nilai dan keutuhan keluarga, dinamik hubungan ahli keluarga, cara gaya keibubapaan, perapatan serta kualiti komunikasi ibu bapa-anak, faktor perundangan seperti mediasi keluarga, tuntutan nafkah dan sokongan kewangan wanita selepas perceraian. Topik yang dibincangkan memberi manfaat kepada pembaca untuk memahami dinamik keluarga dari perspektif pembangunan manusia, psikologi, sosiologi dan sosioperundangan. Keunikan buku ini dapat dilihat daripada perkongsian dapatan kajian sosial yang dijalankan oleh penulis dan digabung jalin dengan teori yang berkaitan bagi menjelaskan topik yang dibincangkan. Perbincangan yang komprehensif ini berpotensi dijadikan asas rujukan kepada pembinaan dasar dan pelan tindakan pembangunan modal insan negara. Gaya penulisan yang mudah membuatkan buku ini sesuai untuk orang awam, pelajar, ahli akademik serta para profesional daripada pelbagai disiplin ilmu.