Daripada Tesis kepada Buku

RM38.00
Out of stock

Description
Sebuah tesis atau disertasi jika mahu diterbitkan, mestilah menampilkan judul baharu yang lebih menarik dan menangkap. Kandungannya juga perlu berubah dan menjelma dalam wajah yang lebih jelas kepada pembaca akan jalur pemikiran penulisnya. Laras bidang ilmu yang sangat teknikal serta jargon yang tidak menyenangkan pembaca umum perlu terlebih dahulu bertukar menjadi ayat serta kalimat yang lunak dan mudah pula masuk ke benak pembaca. Tidak memadai dengan hanya mengubah ayat, penulis juga perlu menyampaikan ideanya menggunakan ilustrasi yang menarik agar persembahannya bukan sahaja lebih mantap, tetapi juga lebih mudah difahami pembaca. Buku ini wajar menjadi pegangan bagi mereka yang ingin menerbitkan tesis dan disertasi masing-masing. Pedoman yang tampil dalam buku ini turut memberikan beberapa contoh sehingga memudahkan kerja merombak tesis.