Buku & Kanak-Kanak

RM30.00
5 item(s)
+

Buku ini bertujuan untuk berkongsi perkembangan bahasa dan memperoleh kefahaman yang mendalam mengenai konsep membaca dan penggunaan buku kanak-kanak prasekolah dalam konteks rakan sebaya. Aspek utama buku ini menerangkan perkembangan bahasa dan persekitaran bilik darjah yang menghuraikan dengan terperinci situasi yang menyediakan persekitaran minda kanak-kanak. Seterusnya, buku sebagai sumber aktiviti yang terancang dalam amalan membaca dan persekitaran bilik darjah oleh guru kepada kanak-kanak. Aspek terakhir ialah kehadiran rakan sebaya dalam aktiviti membaca yang dapat meningkatkan dinamik interpersonal individu kanak-kanak. Ia bercirikan interaksi, khayalan dan perbalahan sebagai proses yang berperanan utama terhadap perkembangan kanak-kanak dalam konteks pengertian buku dan bacaan