Bab Al-Haid Wa Al-Istihadhah Wa An-Nifas

RM6.00
10 item(s)
+

Tajuk:Bab Al-Haid Wa Al-Istihadhah Wa An-Nifas 
ISBN:9789673683147
Penerbit:Al-Hidayah Publication
Penulis:Mohamad Akmal Bin Mohamad
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:42
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.077
Dimensi (cm):14.1cm x 20.9cm x 0.3cm

Permasalahan berkenaan darah Haid, Istihadhah dan Nifas merupakan suatu perkara yang sering dialami oleh kaum Hawa. Banyak perkara berkenaannya perlu diambil tahu sama ada dari sudut hukum mahupun kesihatan oleh kaum wanita, bahkan penting juga bagi kaum lelaki untuk mempelajarinya.

Justeru, risalah Bab Al-Haid Wa Al-Istihadhah Wa An-Nifas ini didatangkan bagi membimbing kaum wanita mahupun kaum lelaki dalam memahami berkenaan Haid, Istihadhah dan Nifas. Risalah ini pada asalnya merupakan suatu bab di dalam kitab turats yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu kitab Sabilal Muhtadin Lit-Tafaqquhi Fi Amri Ad-Din. Bab ini telah dinuqilkan ke tulisan Rumi daripada kitab asal bagi mengekalkan maksud asal penulis dan memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian dan memmbuat rujukan.

Semoga dengan terbitnya risalah kecil tetapi mengandungi manfaat yang besar ini dapat membimbing masyarakat dalam memahami dan mendalami berkenaan permasalahan yang dibincangkan sekaligus melahirkan masyarakat yang celik pengetahuan bahkan dalam masa yang sama membawa kepada keabsahan sesuatu ibadah.