Anugerah Cinta Paling Glamor-Raihan Abu Bakar

RM20.00
2 item(s)
+

Bermula dengan tugasan yang diberikan oleh Puan Nesa untuk menganjurkan Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS), Fazura dan rakan-rakan dari Kelab Massa diminta untuk bekerjasama dengan Siswa Penggerak Masjid (SPM). Sebagai Presiden Kelab Massa yang dinamik dan berwibawa, Fazura tercabar. Sentap. 'Siapa budak-budak masjid ini?' Hebatkah mereka sehingga dipanggil untuk membantu Kelab Massa menjayakan MAKSIS? Adakah mereka juga penerima Anugerah Dekan dan Anugerah Pemidato Terbaik seperti dirinya? Kolaborasi yang mengejutkan. Perkenalan dengan pemimpin SPM, Ammar dan Muaz. Budak Mass Comm vs Budak Masjid. Apa? Mereka ini pun budak Mass Comm juga? Pertembungan yang mendera ego dan emosi. Benarkan budak-budak masjid ini tidak glamor, tidak happening serta hambar.com? Dengan perbezaan fikrah, pandangan dan cita-cita, bolehkah Kelab Massa dan SPM disatukan? Apakah ia mungkin? Atau meletup bila bergabung? Berlumba. Kejar-mengejar. Perebutan. Apa yang dikejar, apa yang mahu direbut mereka dalam menjayakan MAKSIS ini? Siapakah yang gila kuasa? Siapakah yang kosmetik? Siapa pula yang akan menerima Anugerah Cinta Paling Glamor?