#5 Sherlock Holmes: Misteri Delima Biru, Misteri Pita Berbintik & Misteri Ibu Jari Jurutera

List price: RM10.00
RM5.00
You save: RM5.00 (50%)
5 item(s)
+

Misteri Delima Biru

Sherlock Helmos dan Watson menyiasat tentang penemuan sebutir delima berwarna biru di dalam tembolok seekor angsa pada Hari Krismas. Sherlock Holmes menyedari delima tersebut merupakan milik seorang countess dan ia telah dicuri beberapa hari lalu. Mereka berdua mula menjejak pemilik angsa itu dan melalui pelbagai situasi menarik. 

Misteri Pita Berbintik

Sherlock Helmos dan Watson dikunjungi seorang gadis yang dalam ketakutan, bernama Helen Stoner. Cik Helen mempunyai seorang kakak kembar yang telah meninggal dua tahun lepas semasa hampir majlis perkahwinannya. Caranya meninggal amat mengejutkan, dia seperti dalam ketakutan dan kata-kata terakhirnya adalah supaya berwaspada dengan 'pita berbintik'. Kini Helen Stoner pula hampir berkahwin dan dia amat takut sekiranya perkara yang menimpa kakaknya akan menimpa dirinya pula. Sherlock Helmos dan Dr. Watson segera pergi ke rumah gadis itu untuk menyiasat.

Misteri Ibu Jari Jurutera

Dr.Watson didatangi Victor Hatherley yang kehilangan ibu jari tangannya.Watson membawanya bertemu Sherlock Holmes dan Tuan Hatherley mula menceritakan kisahnya. Dia diupah membaiki sebuah jentera hidraulik dengan bayaran sangat lumayan. Ketika membuat pemeriksaan ke atas mesin hidraulik itu, tiba-tiba mesin itu berfungsi dan dia nyaris nahas. Kemudian baru dia sedar sebenarnya dia sedang diserang dan orang itu berniat membunuhnya.

Misteri Delima Biru (The Adventure of the Blue Carbuncle), Misteri Pita Berbintik (The Adventure of the Speckled Band), dan Misteri Ibu Jari Jurutera (The Adventure of the Engineer’s Thumb) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.

Urutan Novel Sherlock Holmes

Penyiasatan Benang Berdarah
4 Pemburu Harta
Skandal di Bohemia
Misteri Lembah Boscombe
Misteri Delima Biru
Pilu Seorang Bangsawan
Silver Blaze
Ritual Keluarga Musgrave
Jurubahasa Yunani
The Hound of the Baskervilles
Perangkap Rumah Kosong
Penunggang Basikal Solo
Si Jahat Charles Augustus Milverton
Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
The Valley of Fear
Pembunuhan di Wisteria Lodge
Pelan Bruce-Partington
Misteri Klien yang Masyhur
Misteri Puntianak Sussex
Misteri Surai Singa