#4 Sherlock Holmes: Misteri Lembah Boscombe, Lima Butir Biji Oren & Lelaki Bermulut Herot

List price: RM10.00
RM5.00
You save: RM5.00 (50%)
5 item(s)
+

Isi Kandungan

1. Misteri Lembah Boscombe

2. Lima Butir Biji Oren

3. Lelaki Bermulut Herot

Sinopsis

Misteri Lembah Boscombe Holmes dan Watson bertolak ke Boscombe untuk membantu Lestrade dalam kes pembunuhan Charles McCarthy. Semua testimoni mensabitkan kesalahan ke atas anaknya, James McCarthy. Bagaimanapun tunang James, iaitu Cik Turner yakin dia tidak bersalah. Lebih merumitkan keadaan, James pula mengaku bersalah. Sherlock Holmes menyedari ada sejarah terpendam antara keluarga Turner dan McCarthy. Lima Butir Biji Oren Bapa saudara John Openshaw, iaitu Kolonel Elias ditemui mati beberapa ketika selepas menerima sepucuk surat yang mengandungi lima butir biji oren kering dan tertulis K. K. K. pada sampulnya. Beberapa tahun kemudian, ayah John, iaitu Joseph pula menemui maut selepas menerima surat yang sama. Kini, surat yang serupa sampai ke tangan John. Dia segera datang menemui Sherlock Holmes untuk meminta pertolongan. Selepas banyak kes yang berjaya diselesaikannya, dapatkah Holmes menyelamatkan nyawa John kali ini? Lelaki Bermulut Herot Neville St. Clair, seorang usahawan yang berjaya telah hilang dan isterinya mendakwa kali terakhir dia melihat suaminya itu adalah di tepi tingkap sebuah sarang penagihan candu dalam kota London. Isterinya terus berkejar naik ke tempat itu tetapi dia hanya menemui seorang peminta sedekah yang tempang, yang menafikan tentang kewujudan orang lain di dalam bilik tersebut. Neville disyaki telah dibunuh, dan polis telah menangkap pengemis itu. Namun, beberapa hari kemudian, isteri Neville menerima surat daripada suaminya. Sherlock Holmes menyiasat sama ada Neville masih hidup atau surat itu cuma satu permainan pemilik sarang penagihan candu tersebut.

Urutan Novel Sherlock Holmes

Penyiasatan Benang Berdarah
4 Pemburu Harta
Skandal di Bohemia
Misteri Lembah Boscombe
Misteri Delima Biru
Pilu Seorang Bangsawan
Silver Blaze
Ritual Keluarga Musgrave
Jurubahasa Yunani
The Hound of the Baskervilles
Perangkap Rumah Kosong
Penunggang Basikal Solo
Si Jahat Charles Augustus Milverton
Misteri Kehilangan Pemain Ragbi
The Valley of Fear
Pembunuhan di Wisteria Lodge
Pelan Bruce-Partington
Misteri Klien yang Masyhur
Misteri Puntianak Sussex
Misteri Surai Singa