Syarah Hadis 40 (Imam Ibn Al Aththar)

RM25.00
2 item(s)
+

Istimewanya Syarah Hadis 40 ini adalah kerana ia dihuraikan oleh murid kanan Imam al-Nawawi sendiri, iaitu Imam Ibn Al-‘Aththar. Beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi pernah berazam untuk mensyarahkan Hadis 40 yang dihimpun oleh beliau, namun belum sempat hajatnya tercapai, ajal menjemput beliau. Maka Imam Ibn al-‘Aththar meneruskan azam gurunya dengan mensyarahkannya berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau pelajari daripada Imam al-Nawawi. Imam Ibn al-‘Aththar berusaha menukilkan sebanyak mungkin kata-kata Imam al-Nawawi dalam syarahannya. Sudah tentu ia menjadi lebih istimewa kerana hurainnya lebih dekat dengan jiwa penulis asal.

*Hadis yang dihimpunkan daripada 42 hadis menjadi 40 hadis sahaja.

*Koleksi ini sangat penting dan menjadi tumpuan serta rujukan umat Islam disebabkan kepentingannya sebagai asas utama atau pokok ajaran dalam agama Islam.

*Matannya ringkas tetapi mampu memberikan makna yang luas dan mendalam bagi menjelaskan ruang lingkup 

agama.

* SEKIRANYA KUANTITI PEMBELIAN TIDAK MENCUKUPI,SILA CHAT UNTUK SEMAKAN STOK.TERIMA KASIH