Fatimah Az Zahra

RM30.00
10 item(s)
+

Fatimah Az Zahra

Puteri Kesayangan Rasulullah

Kelahirannya saat ayahanda dan bonda tercinta dipulau fah disisihkan masyarakat. 
Hanya kerana ayahandanya mahu menarik masyarakat dari lembah kehinaan menuju cahaya Ilahim 
Terpesona dengan kecantikan dan aroma syurga, beliau digelat az-Zahra oleh ayahandanya.

Beliaulah puteri bongsu Nabi Muhammad SAW dan Khadijah binti Khuwalif. Saat masyarakat jahiliyah masih merendahkan kedudukan wanita dan membunuh bayi perempuan, Fatimah ditatang bagai minyak yang penuh. Pemergian bonda tercinta saat Fatimah baru mengenal dunia, Nabi Muhammad SAW sentiasa ada dengan Fatimah.

Beliau yang dibesarkan tidak pernahberasa senang, cukup bersederhana dalam segala perkara, dinikahkan dengan Ali bin Abi Talib, yang juga hidup dalam serba kekurangan. Bukan kekeyaan dunia yang dicari, tetapi kekeyaan dan kebahagiaan akhirat. Pasangan yang memendam rasa cinta sesama sendiri, dinikahkan Nabi Muhammad SAW di dunia dan disatukan Allah SWT di langit. Indahnya kuasa cinta mereka.
Solehahnya beliau mencintai ayah dan suaminya. Tidak pernah  merungut dan berkasar pada suami. Suami dimuliakan dan dihormati. Melahirkan pewaris keturunan nabi yang turut menjadi pemuda-pemuda syurga. Pemergian ayahanda tercinta menarik separuh nyawanya, namun senyuman terukir indah apabila diketahuibakal menyusul pula. 

Mulianya beliau di antara empat wanita yang dijanjikan syurga.  Pemimpin wanita di dunia dan penghuni syurga paling utama.