Buku Pink 3.0 - Cerita-Cerita Ibu Mengandung Lagi??

List price: RM28.00
RM18.20
You save: RM9.80 (35%)
4 item(s)
+

Daripada siri terlaris Kata-Pilar, cerita ibu mengandung oleh para doktor dan petugas kesihatan di jabatan O&G!

Judul: Buku Pink 3.0 Penulis: Dr Ainul Arina, Dr Anna Lisa, JM Erma Sharmilla, SN Rosnalizawati Hamzah, JM Harmuny, Dr Imelda Balchin, Dr Sakinah Sulong, Dr Muhammad Izzat, Dr Aimi Rahayu, Dr Aliyya Ahmad, SN Aishah Irene Tahun: 2022 Halaman: 292 ISBN: 978-967-2014-94-2

“Kakak tak nak adik ni! Dia boboi! Kakak dah dapat adik boboi dulu. Kakak nak adik gegirl pula – boleh jadi kawan kakak. Suruhlah Mama pulangkan balik baby ni. Kak nak Mama beli adik gegirl juga! Huwa!”

Meski sudah berkali-kali melalui proses kehamilan (Buku Pink di tangan anda pun sudah siri ketiga!) pengalaman berikutnya tidak menjanjikan situasi yang sama. Adakalanya, ia tak terjangkau dek akal. Ada bayi yang diazankan dengan takbir raya, ada kelahiran selepas terjatuh motosikal, atau mungkin ada tentangan daripada kakak atau abangnya yang mahu adiknya lain jantina!

Buku Pink 3.0 meneruskan siri cerita (lucu, sedih, gembira, mendebarkan!) tentang kehamilan dan kelahiran, di samping menyampaikan maklumat dan nasihat kehamilan yang tepat, terus daripada petugas kesihatan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang bertauliah. Kita tak mahu lagi masyarakat merujuk kepada maklumat yang mengelirukan. Kita tak mahu lagi para ibu (dan bapa) menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungkawab, apatah lagi yang ingin mengambil kesempatan.

Tidak kisah anda bakal atau sudah pun bergelar ibu dan bapa, pastikan anda baca naskhah ini!