Save 35%

Abu Ayyub Al-Ansari

List price: RM30.00
RM19.50
You save: RM10.50 (35%)
3 item(s)
+

Abu Ayyub Al-Ansari
Syahid Kota Konstantinopel
Abu Ayyub al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW daripada kaum Ansar.
Semasa peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari di perkampungan Bani Najjar sebagai tempat tinggal sementara sehinggalah Masjid Nabawi dibina.
 
Abu Ayyub al-Ansari turut serta dalam peperangan Badar, Uhud, Khandang dan perang-perang seterusnya. Dikatakan beliau mengikuti semua perang pada zaman Rasulullah SAW.
Setelah Rasullullah wafat, beliau tetap terlibat dalam jihad. Perang terakhir beliau ikuti adalah pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan. Pada ketika itu usia beliau sudah mencecah 80 tahun.
Semasa khalifah Muamiyah melacarkan kempen bagi menakluk kota Konstantinopel, dengan penuh semangat beliau tampil untuk ikut berjihad biarpun usia beliau sudah lanjut.Namun dalam peperangan itu, beliau telah jatuh sakit dan meninggal dunia.
Yazid Bin Muamiyah sempat menziarahi beliau dan bertanya: "Adakah kamu ada apa-apa keinginan?"
Abu Ayyub al-Ansari menjawab: " Sampaikan salamku kepada pasukan kaum Muslimin. Katakan kepada mereka, tempuhilah wilayah musuh sejauh mungkin dan bawalah jasadku bersama kamu semua."
Apabila beliau meninggal, tentera Islam membawa jasadnya bersama. Mereka menguburkannya berhampiran dengan Konstantinopel.
Inilah kisah Abu Ayyub al-Ansari,Syahid Kota Konstantinopel!
#abdullatiptalib